tabung duit gua

Wednesday, 31 August 2011

merdekakah lu orang?



merdeka kah lu orang kalau minda lu orang masih dijajah?

merdeka kah lu orang kalau pakaian lu orang masih dijajah?

merdeka kah lu orang kalau percakapan lu orang masih dijajah?

merdeka kah lu orang kalau jiwa lu orang masih di jajah?

DAN

 merdeka kah lu orang kalau seluruh badan lu orang masih dijajah?



p/s : selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 54...




Monday, 29 August 2011

edisi raya pertama

jam dah menunjukkan pukul 3 pagi tapi mata gua belum mampu untuk tidur...gua sedar esok hari raya tapi gua tetap dengan keputusan gua untuk tidor lewat...ok gua silap...hari nie yang hari raya..bukan esok..sebab dah lebih pukul 12..susah kalau dapat pembaca yang skema nanti...keh3..

kat sini gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat lu orang semua...gua jugak nak mintak maaf zahir dan jugak batin..ramai orang salah faham dengan perkataan batin nie..lu orang ingat yang bukan2 saja bila orang sebut perkataan batin...cuba lu orang kembangkan sikit kepala otak tu..sori2 gua teremo..gua mintak maaf sekali lagi..

nasihat gua kat lu orang, rayalah dengan hati yang tenang...janganlah ada perasaan yang tak baik time2 raya nie..maafkan la apa2 yang patut tu...yang lepas tu biarlah lepas...yang akan datang nie yang kita perlu jaga...



p/s : rayalah dengan berjimat cermat....ingatlah duit yang tersayang...

Friday, 26 August 2011

erti kehidupan sebenar

entry gua hari nie gua just copy paste dari satu page fb.....gua copy sebab gua rasa cerita nie layak untuk dikongsikan dengan semua orang...



Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Email dari hamba Allah :)




p/s : credit to syahirul.com

Thursday, 25 August 2011

iklan tv sebelum gua lahir

banyak iklan yang lu orang boleh tengok kat tv sekarang nie...ada iklan yang best, ada iklan yang lucu, ada iklan yang bangang, dan ada jugak iklan yang lu rasa nak lempang orang sebelah lu time lu orang tengok iklan tu kat tv..kah3..

tapi bukan iklan zaman sekarang yang gua nak kongsikan dengan lu orang hari nie...hari nie gua nak kongsikan dengan lu orang iklan2 zaman sebelum gua lahir..mesti ada yang tak penah tengok iklan nie kat tv macam gua..jadi hari nie merupakan hari bertuah untuk lu orang..keh3...tapi mungkin ada antara pembaca gua nie yang dah lahir time iklan nie dibuat...dalam erti kata yang mudah lu orang tu orang tua la...macam gua, gua lahir tahun 2005..masih muda remaja lagi...kah3...

gua malas nak tulis banyak2 hari nie...lu orang layankan saja kepala lu orang dengan menonton video2 kat bwah nie...ada empat video yang gua letak...so...layannn....



IKLAN MILO TAHUN 1984




IKLAN PROTON SAGA 1988



IKLAN FAB 1980-AN



IKLAN EVEREADY 1984


p/s : antara keempat2 iklan nie gua suka iklan eveready sebab lagu dia catchy...keh3..

Wednesday, 24 August 2011

lukisan terhebat gua sepanjang zaman!!!

assalamualaikum...tengah gua relax2 sambil menikmati kedinginan malam tiba2 kotak fikiran gua diketuk oleh satu memori silam....gua teringatkan pengalamaman gua menggunakan komputer rumah pertama yang bapak gua beli...time tu gua masih di bangku sekolah rendah...gua betul2 tak sangka yang bapak gua akan beli komputer...time tu gua dah jadi macam "kera kena belacan" bak kata orang tua2..gua memang tak kan biarkan komputer tu berkeseorangan..mesti gua akan terpacak menemani komputer tu...gua dah tak pedulikan keadaaan sekeliling gua..

tapi ya lah...time tu apa la sangat yang gua mampu buat dengan sebijik komputer..hanya tau kelik sana kelik sini tanpa ada arah tujuan..tapi sekarang nie gua dah boleh masak nasi goreng dengan menggunakan komputer...kah3...itu hanya perumpamaan...kalau lu orang percaya memang lu orang jenis bangang ataupun jenis lurus bendul..lu orang pilih la yang mana satu...

tapi ada satu benda yang buat gua betul2 excited dengan komputer pertama gua tu..ianya adalah aplikasi' paint'...mesti lu orang tau kan apa yang kita boleh buat dengan aplikasi paint....melukis la apa lagi..tapi yang gua excited tu sebab kita melukis tak payah nak pakai pensel...sebelum ada komputer tu gua punya la bersusah payah kena asah pensil dulu bagi tajam2 pastu  kena cari kertas kosong dulu sampaikan gua terpaksa koyak halaman tengah buku latihan gua semata mata sebab nak melukis orang lidi saja..tak ke bangang namanya...kah3...

tapi setelah adanya komputer tu gua boleh melukis bila2 masa ikut suka hati gua...cuma perlu gerak2 kan mouse saja...tapi gua bukannya pandai lukis pun time tu...pencapaian terbaik gua ialah melukis mickey mouse...lu orang nak tengok macam mana gua lukis mickey mouse...skill tu masih kekal dengan gua sampai sekarang...lu orang boleh tengok buktinya kat bawah nie..kah3...


amacam?cute tak?




p/s : gua memang tak pandai melukis...sampai sekarang...itu gua akui...





Tuesday, 23 August 2011

#1 diam-diam Rabu


Monday, 22 August 2011

bukak puasa di sungai dua

assalamualaikum..hari nie gua dengan family gua bukak puasa dekat sungai dua,penang...lu orang tau tak sungai dua kat mana?sapa yang tau tu bagus...yang tak tau lagi boleh pegi ke google map dan cari la sungai dua sampai jumpa..keh3..sungai dua nie memang terkenal dengan hidangan seperti mee udang, char koey teaw dan macam2 lagi..tapi yang famous dia punya mee udang la..udang dia pulak memang besar2 tahap gaban...tapi dia punya harga pun boleh tahan gaban la...haha..

gambar nie gua snap sambil2 tunggu makanan sampai...gua memang jenis tak suka tunggu2 nie..


tudiaaa!!makanan sudah sampai!!

nie la mee udang..sedap wooo...hingga menjilat tisu..keh3..


nie pulak main dish gua...koey teaw goreng ketam..lu orang nampak ada ketam parking atas koey teaw tu?


licin sudah....


p/s : sapa2 yang teringin nak pegi tu bagi tau gua..gua boleh tunjukkan jalan..tapi lu orang kena belanja gua sekali la...keh3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...