tabung duit gua

Sunday 31 July 2011

salam ramadhan

assalamualaikum...gua nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kat lu orang...ingat betul2..AL-MUBARAK..bukan AL-MURTABAK...murtabak benda yang banyak bawang tu..bukannya bulan posa..gua selalu dengar banyak orang sebut silap..sebab tu gua nak ingatkan...benda2 macam nie jangan nak buat main..gua berpesan dekat diri gua jugak sebenarnya..

sempena bulan yang mulia nie gua harap gua dapat pertingkatkan ibadah gua kepadaNYA...gua jugak harap yang lu orang buat benda yang sama...puasa tu biar cukup...jangan nak selalu sangat ambek mc...banyak lagi sebenarnya benda yang kita kena jaga time2 bulan posa nie...bukan setakat puasa tekak lu orang saja...mata lu orang tu kena puasa jugak...mulut lu orang pn sama...pendek kata seluruh anggota badan lu orang kena puasa sama...baru lah betul..kalau setakat puasa makan dan minum je orang gila pun boleh buat...

ok kat sni gua nak sertakan niat puasa kepada lu orang..sapa2 yang dah ingat2 lupa atau memang tak penah nak igat tu boleh baca kat sni..

Niat Puasa Ramadhan

(Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala)
yang nie niat untuk SEBULAN puasa..

(Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala)
yang nie pulak untuk niat HARIAN


nie pulak gua nak kasi doa bukak puasa...tapi kalau lu orang berbuka tengahari jangan nak gatal2 baca doa nie pulak..

Doa Berbuka Puasa


(Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang)


akhir kata, selamat berpuasa gua ucapkan kepada smua....assalamualaikum...



Saturday 30 July 2011

talipon cerdik

assalamualaikum & salam 1Malaysia...lu orang jangan nak salah paham..gua guna 1Malaysia tak semestinya gua orang BN dan lu orang jangan ingat gua orang PAS sebab bagi salam..dah gua rasa nak tulis macam tu..nak buat macam mana...ok..sebenarnya gua hanya nak kasi tau lu orang yang gua teringin sangat nak pakai talipon cerdik..jangan cakap kat gua yang lu orang tak tau apa itu talipon cerdik...tak kan nak gua translate dalam bahasa melayu jugak...

untuk memudahkan lu orang gua terpaksa jugak sebut dalam bahasa melayu...nama dia SMARTPHONE...sekarang nie smua orang kecoh2 nak pakai talipon cerdik...gua jugak semakin terpengaruh oleh anasir2 luar nie...mesti ramai yang akan cakap apa yang bagus sangat talipon macam nie...bukannya boleh bagi kenyang pun..memang gua mengaku yang talipon nie tak boleh nak bagi lu orang semua kenyang kalau lu orang lapar...apa ke gila nak makan handphone time lapar...tapi bagi sapa2 yang 'lapar'kan barang2 yang berteknologi tu, talipon nie salah satu benda yang boleh hilangkan 'lapar' lu orang tu..

kali nie gua dah nekad yang gua mesti dapatkan benda nie satu..kalau tak gua tak mau raya..kah3...itu just metafora bagi sapa2 yang penah belajar jenis2 gaya bahasa..gua pun dah makin lupa sebab dah lama tinggal...sejak dua menjak nie jari2 gua nie selalu menggoogle jenis2 smartphone yang ada...mcm2 brand yang gua try cari..antaranya samsung, sony erikson, nokia,HTC, dan banyak lagi la..gua rasa lu orang pun pandai nak google sendiri..

setelah gua buat penelitian dan perkiraan, gua rasa gua dah jumpa talipon cerdik yang sesuai dengan poket gua..gua pun dah try survey dia punya harga dengan member2 mahupun tokey2 kedai..gua yakin yang gua nak angkat SAMSUNG GALAXY MINI S5570...kat sini gua akan lampirkan dia punya gambar..

amacam?hensem tak?

nie pulak gua kasi link dia punya spec http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_mini_s5570-3725.php 

lu orang try2 la usha kot2 lu orang teringin jugak nak beli...tp dia punya harga jangan tanya gua...lu orang cuba cari sendiri...baru la ada usaha sket...gua pun tak berapa pasti sebenarnya sama ada gua mampu atau pun tidak...kita tengok nnti mcm mana...chow...

Thursday 28 July 2011

harimau vs singa

assalamualaikum...entry kali nie aku nak try guna 'gua & lu'....baru nampak garang & ranggi sket....kah3..gua rasa lu orang tengok tajuk gua pun dah boleh tau gua nak sembang pasal apa...tidak lain dan tidak bukan perlawanan bola sepak pusingan kelayakan piala dunia antara malaysia menentang singapura..secara teorinyanya kalau harimau lawan singa lu orang rasa sapa akan menang?..gua rasa lu orang pun tak boleh bagi jawapan siapa yang akan menang..sapa yang selalu tengok animal planet pun tentu boleh jawab soalan gua tadi...kah3..

seperti yang lu orang sedia maklum harimau sudah cedera dek terkena kuku singa yang baru dipotong pada match lepas..dia punya pedih..perghh!!!akibatnya harimau sentiasa terasa pedih dek luka tersebut..tambah-tambah time nk mandi..keh3...tapi malam nie harimau bakal menebus kembali kekalahan tersebut..luka lepas pun dah tak berapa nak pedih dah sebab dah tarok plaster banyak2..

cukup2 lah gua berkias rasanya..ok malam nie malaysia akan bertemu kembali singapura pada perlawanan timbal balik setelah kalah 5-3 pada perlawanan lepas..team malaysia memerlukan kemenangan sekurang2nya dua goal keatas singapore...tak kisahlah 2-0 ka 3-1 ka yang penting 2 goal...tapi kalau lu orang tanya gua, gua rasa malaysia akan menang 3-1...dia punya situation malaysia akan leading 3-0 dan singapore akan goal sebijik..lu orang jangan tak tau yang gua nie ahli nujum sebenarnya..kalau setakat nak ramal2 nie semua dihujung jari gua ja..kah3...gua rasa safee sali akan goal 2 bijik..lagi sebijik aidil...kalau pun malaysia boleh goal lagi sebijik penjaringnya mungkin dato k rajagopal sendiri..kah3..ok la gua pun dah nak bersiap2 nak tengok match malam nie..gua nak mandi awal2...nak pakai bedak banyak2...dan yang paling penting sembahyang bnyk2...pastu baru gua duduk depan tv...bekalan kacang cap tangan pun banyak lagi kat rumah gua nie..chow...

Saturday 23 July 2011

pertandingan memancing

esok pagi tepat pukul 9 pagi dengan berbekalkan sebatang joran aku pegi pertandingan memancing...untuk pengetahuan smua ini kali pertama aku sertai mana2 pertandingan memancing...nervous jugak rasa.....aku try masuk kali nie pun bukan apa, sebab yuran dia murah..10 ringgit ja...kah3...memang murah...tapi padan la dengan dia punya hadiah first prize..rm500 ja pn...esok aku akan curahkan semua pengalaman memancing aku selama nie kat situ..

aku memang minat memancing..tak kira la apa jenis ikan pun..smua aku mancing...dari parit smpai la ke laut...tp untuk esok lokasinya tali air..ikan yang berkemungkinan akan makan aku punya umpan esok macam ikan lampam, ikan terubui dan tak ketinggalan ikan bilis...kah3...antara syarat peraduan dia yang aku ingat benda yang dipancing mestilah ikan..tak boleh benda lain...jangan pulak pegi hantar kat kaunter kura2 ka biawak ka kat meja pengadil nanti...mau kena free kick dengan pengadil...dan yang paling penting jangan sesekali cuba pancing awek pastu hantar pegi kaunter...nanti bukan takat freekick, free header pn dia kasi skali...hahaha...

petang tadi aku dah siap-siap beli umpan...aku beli umpun2 dengan cengkerik..aku ingat nak bawak sekali roti yang tak habis kat rumah aku nk buat umpan...lagi pun kalau ikan tak makan aku pn blh makan..kah3...malam nie aku susah sikit nak tido sebab terbayangkan macam2..aku terfikir kalau aku menang 500  tu apa aku akan buat...macam2 jugak boleh buat dengan 500...boleh beli baju, seluar, beli sabun, beli ayam, beli coki-coki, beli belah dan macam2 lagi lah...tak kan nak sebut semua kot...

last sekali aku nak pesan jangan lupa doakan aku berjaya esok...kalau aku menang nanti boleh claim duet kat aku...kah3...aku jugak harap esok ikan2 smua tak pegi breakfast awal sangat..nanti susah pulak nak makan umpan aku...ok la aku chow dulu...assalamualaikum...

Tuesday 12 July 2011

kerja!!kerja!!kerja!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua...dah lama rasanya aku tak panaskan blog nie...so aku decide malam nie aku nak kasi dia panas sket....blog pun macam moto jugak..kalau lama tak panaskan nanti susah nk hidup..kah3..

Bersesuaian dengan tajuk yang aku pilih malam nie aku nak story sket pasal kerja yang aku bt sekarang...
esk seawal pukul 3.15 aku dah kena bangun untuk ke kerja..mesti ramai yg tertanya2 kenapa awal sangat kena pegi kerja..orang lain time2 cenggitu msih menyorok di bawah selimut, di bawah katil, di bawah jejentas dan yang paling sadis sekali di bawah ketiak mak..aku pun sebenarnya tak berapa suka sangat kena bangun awal2 mcm tu..maklumlah aku nie jenis yang susah nak tido awal...tapi apakan daya..aku gagahi jugak dek kerana tanggungjawab dan yang penting kerana dorongan nafsu yang inginkan wang...kah3..

aku sebenarnya kerja dengan abang ipar aku yang menjalankan perniagaan santan di market atau bahasa omputihnya pasar..tugas aku lebih kepada runner iaitu penghantar santan...lebih kurang macam orang yang hantar piza tu...bezanya aku tak memerlukan uniform dan aku jugak tak perlukan box di belakang...yang samanya kami sama2 memerlukan sebijik moto dan yang paling penting sekali beberapa liter minyak...kah3..kadang2 dah macam valentino rossi dh aku bwak moto...selit sana selit sini..langggar side mirror sana langgar side mirror sini..bukannya aku sengaja tp kereta2 tu yang bangang tak nak bagi ruang untuk motosikal lalu...dia igt dia duduk dalam aircond dah cukup hebat..puiiii.

selama aku kerja kat sini dah macam2 perangai customer aku penah jumpa..maklumlah kata org lain padang lain belalang...tp kadang2 tu belalang2 nie ada yang tak berapa nak boleh pakai..lain macam dia punya perangai..tapi aku layankan je sebab aku berpengang dengan kata2 orang putih customer is always right...not left...kah3...dh la...aku rasa dah malas dah nak menulis..mata pun tak berapa nak berfungsi dah nie..bukan apa, aku takot kalau esok traffic light merah aku nampak hijau...naya aku beb..

Akhir kata aku nak bagi kata2 hikmah sket kt korang smua...KERJALAH ANDA SEBELUM ANDA DIKERJAKAN....wasalam....

Saturday 2 July 2011

Malaysia boleh!!!

cuba bayangkan kalau Malaysia dapat masuk world cup 2014..aku dah banyak kali cuba bayangkan kalau Malaysia masuk world cup tapi sayangnya tak dapat nak bayangkan jugak..cuba korang cuba bayangkan pulak..agak2 macam mana lah ye..

yang pastinya konpem suara Hasbullah Awang akan kedengaran di setiap rumah2,kedai2 mamak,kedai2 runcit mahupun kedai2 topap tiap kali Malaysia main..keh3..sebenarnya entry kali nie aku buat sempena perlawanan esok Malaysia vs Taiwan..esok Malaysia akan main second leg kat sana lepas menang 2-1 masa 1st leg kt bukit jalil hari tu..

aku rasa Malaysia boleh beat Taiwan esok sebab aku rasa Taiwan bukan pasukan yang kuat pun..ranking Taiwan ke 160 kalau tak silap aku dan Malaysia pulak ke 143 kot..rasa2nya la..tapi kalau ikut ranking jagung pulak,jagung taiwan mungkin dapat top 5...sedap ooo jagung taiwan..jagung cameron highland pulak mungkin sekitar top 10 aku rasa...kahkahkah...
game esok mesti menarik sebab taiwan hanya perlukan 1 gol ja untuk menang sebab depa dapat score sebijik kat bukit jalil..la nie kalau jenis perlawanan timbal balik depa guna sistem goal tempat lawan..depa dh tak pakai dah sistem burter...keh3..

Bagi aku bola nie satu benda yang menarik...kadang2 tu pelik pun ada..ada yang tak minat main bola tapi minat tengok bola..ada yang minat main bola tapi tak suka tengok bola..ada yang suka beli bola tapi tak suka main bola..ada yang suka mercun bola..yang paling teruk sekali ada yang dijadikan sebagai bola..ish3...teruk2..macam2 zaman sekarang nie...

ok la..aku rasa takat tu ja kot perbincangan kita pada hari ini...yang penting jgn lupa tgk bola esok kt tv..tv2 pukul 7.00 tak silap aku...so sapa2 yang tak dak astro tak payah la terhegeh2 nak p kedai mamak...nak smbahyang pun senang...bukannya aku kata sapa p kedai mamak tak smbahyang..tapi masalahnya ada ka tempat sembahyang kt situ..jangan sampai sembahyang kat tempat mamak tgh buat ayaq sudah..satg dapat penampaq tarik satu...kahkahkah..

sekian..majulah sukan untuk mamak..wasalam...




Friday 1 July 2011

akhirnya

akhirnya berjaya jgk aku mempunyai sebuah blog...maaflah klu bahasa agak baku..first time la katakan..mesti la nervous bak kata omputih...kahkahkah...dh lama sbrnya terasa nk berblogging nie..tp apakan daya blom ada jodoh selama nie...tp x pa...sbnrnya aku pn x tau apa sbnrnya tujuan aku bt blog nie...mngkin pengaruh trend...mugkin pengaruh rakan sebaya..mungkin pengaruh media cetak & elektronik..tp aku peduli apa...yg penting aku dh ada blog skrg...blh la nk bt senaman tgn sket...dok asyik klik2 ja pn bosan gak...kali nie kita try type plk tgk apa jd...lpas nie msti cpat sket klu nk bt assignment..kahkahkah...

blog pertama aku nie aku rs aku nk cmpur2 la dia pnya issue..politik blh...sukan boleh...hiburan boleh..agama p blh(hrp2 la..haha..)..teknologi pn blh...maki memaki pn blh..pendek kata smua blh la...aku jgk harap2 la kerajaan x tangkap aku klu aku ckp psal politik...bkn blh sgt zaman skrg nie..silap sket smua nk tangkap...stg naya ja...ok la..aku pn x sabaq sbnrnya nk publish post nie...nk tgk mcm mna jd...ntah2 jd kueh pa..kahkahkah...sekian..wasalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...