tabung duit gua

Tuesday 12 July 2011

kerja!!kerja!!kerja!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua...dah lama rasanya aku tak panaskan blog nie...so aku decide malam nie aku nak kasi dia panas sket....blog pun macam moto jugak..kalau lama tak panaskan nanti susah nk hidup..kah3..

Bersesuaian dengan tajuk yang aku pilih malam nie aku nak story sket pasal kerja yang aku bt sekarang...
esk seawal pukul 3.15 aku dah kena bangun untuk ke kerja..mesti ramai yg tertanya2 kenapa awal sangat kena pegi kerja..orang lain time2 cenggitu msih menyorok di bawah selimut, di bawah katil, di bawah jejentas dan yang paling sadis sekali di bawah ketiak mak..aku pun sebenarnya tak berapa suka sangat kena bangun awal2 mcm tu..maklumlah aku nie jenis yang susah nak tido awal...tapi apakan daya..aku gagahi jugak dek kerana tanggungjawab dan yang penting kerana dorongan nafsu yang inginkan wang...kah3..

aku sebenarnya kerja dengan abang ipar aku yang menjalankan perniagaan santan di market atau bahasa omputihnya pasar..tugas aku lebih kepada runner iaitu penghantar santan...lebih kurang macam orang yang hantar piza tu...bezanya aku tak memerlukan uniform dan aku jugak tak perlukan box di belakang...yang samanya kami sama2 memerlukan sebijik moto dan yang paling penting sekali beberapa liter minyak...kah3..kadang2 dah macam valentino rossi dh aku bwak moto...selit sana selit sini..langggar side mirror sana langgar side mirror sini..bukannya aku sengaja tp kereta2 tu yang bangang tak nak bagi ruang untuk motosikal lalu...dia igt dia duduk dalam aircond dah cukup hebat..puiiii.

selama aku kerja kat sini dah macam2 perangai customer aku penah jumpa..maklumlah kata org lain padang lain belalang...tp kadang2 tu belalang2 nie ada yang tak berapa nak boleh pakai..lain macam dia punya perangai..tapi aku layankan je sebab aku berpengang dengan kata2 orang putih customer is always right...not left...kah3...dh la...aku rasa dah malas dah nak menulis..mata pun tak berapa nak berfungsi dah nie..bukan apa, aku takot kalau esok traffic light merah aku nampak hijau...naya aku beb..

Akhir kata aku nak bagi kata2 hikmah sket kt korang smua...KERJALAH ANDA SEBELUM ANDA DIKERJAKAN....wasalam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...