tabung duit gua

Thursday 28 July 2011

harimau vs singa

assalamualaikum...entry kali nie aku nak try guna 'gua & lu'....baru nampak garang & ranggi sket....kah3..gua rasa lu orang tengok tajuk gua pun dah boleh tau gua nak sembang pasal apa...tidak lain dan tidak bukan perlawanan bola sepak pusingan kelayakan piala dunia antara malaysia menentang singapura..secara teorinyanya kalau harimau lawan singa lu orang rasa sapa akan menang?..gua rasa lu orang pun tak boleh bagi jawapan siapa yang akan menang..sapa yang selalu tengok animal planet pun tentu boleh jawab soalan gua tadi...kah3..

seperti yang lu orang sedia maklum harimau sudah cedera dek terkena kuku singa yang baru dipotong pada match lepas..dia punya pedih..perghh!!!akibatnya harimau sentiasa terasa pedih dek luka tersebut..tambah-tambah time nk mandi..keh3...tapi malam nie harimau bakal menebus kembali kekalahan tersebut..luka lepas pun dah tak berapa nak pedih dah sebab dah tarok plaster banyak2..

cukup2 lah gua berkias rasanya..ok malam nie malaysia akan bertemu kembali singapura pada perlawanan timbal balik setelah kalah 5-3 pada perlawanan lepas..team malaysia memerlukan kemenangan sekurang2nya dua goal keatas singapore...tak kisahlah 2-0 ka 3-1 ka yang penting 2 goal...tapi kalau lu orang tanya gua, gua rasa malaysia akan menang 3-1...dia punya situation malaysia akan leading 3-0 dan singapore akan goal sebijik..lu orang jangan tak tau yang gua nie ahli nujum sebenarnya..kalau setakat nak ramal2 nie semua dihujung jari gua ja..kah3...gua rasa safee sali akan goal 2 bijik..lagi sebijik aidil...kalau pun malaysia boleh goal lagi sebijik penjaringnya mungkin dato k rajagopal sendiri..kah3..ok la gua pun dah nak bersiap2 nak tengok match malam nie..gua nak mandi awal2...nak pakai bedak banyak2...dan yang paling penting sembahyang bnyk2...pastu baru gua duduk depan tv...bekalan kacang cap tangan pun banyak lagi kat rumah gua nie..chow...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...