tabung duit gua

Tuesday 25 October 2011

siapa yang lebih kejam??

assalamualaikum...dah lama rasanya gua tak update blog gua nie...hari nie gua rasa terpanggil untuk tulis sedikit tentang apa yang sedang heboh di perkatakan...tentang apa?apa lagi kalau bukan tentang presiden Libya Muammar Gaddafi...sebelum ini gua memang tak pernah ambik tahu pun siapa itu Gaddafi..tapi sejak negaranya dikatakan bergolak gua ambik tahu serba sedikit tentang diri beliau..gua rasa penduduk dunia yang lain pun sama  macam gua..




seperti yang semua orang dah tahu, Gaddafi telahpun meninggal dunia dalam 4 hari lepas  kalau tak silap gua...mengikut cerita konvoi Gaddafi telah diserang oleh pesawat NATO...selepas konvoinya di serang beliau dikatakan sempat   berlindung di bawah terowong air yang berdekatan..selepas itu pemberontak dikatakan dapat menjumpai tempat persembunyiannya dan telah menarik keluar Gaddafi...rakaman video menunjukkan yang mereka telah bertindak kasar terhadap beliau dan akhirnya beliau mati dibunuh menggunakan pistol.

kenapa mereka begitu membenci Gaddafi?gua sendiri pun tak dapat nak jelaskan sebab gua tak berada dalam pemerintahan beliau...tetapi mesti ada sebab tentang apa yang telah terjadi...ada sesetengah pendapat yang mengatakan media barat lah yang telah memburuk-burukkan Gaddafi sehingga menaikkan kemarahan rakyatnya sendiri..betulkah begitu?apakah begitu senang rakyatnya diperbodohkan?apakah rakyat tidak dapat menilai sendiri pemerintahan beliau sedangkan beliau sudah memerintah lama...

gua kat sini bukan nak cakap yang Gaddafi itu tidak bersalah atau pun rakyatnya tidak bersalah...gua dekat sini hanya sedih melihatkan mayat beliau yang belum lagi dikebumikan secara sempurna..mayatnya masih di simpan disebuah pasaraya di bilik sejuk beku...untuk apa perlu menghina mayat sedemikian rupa?beginikah yang diajar oleh agama islam?..bila melihatkan beliau diperlakukan sedemikian rupa apakah bezanya pemberontak dengan beliau jika betullah beliau bersifat kejam sebelum ini..ingatlah orang lain sedang mentertawakan kita tanpa kita sedar...begitu mudah umat  islam di perkudakan untuk kepentingan mereka...

p/s : walau sejahat mana pun beliau ,dia masih beragama islam...mayatnya wajib disempurnakan...

1 comment:

yunZatie said...

btl sgt weh..aku sedeh gila tgk mayat dia org siap wat peace snap pix lagi. jht mana pun dia..dia islam..sedara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...