tabung duit gua

Monday 8 August 2011

Tribute To Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

ketika jari gua tengah menaip nie gua sebenarnya sedang menonton salah satu filem p.ramlee iaitu filem 'nasib do re mi'..gua sangat respect dengan semua filem2 beliau..filem beliau tidak pernah luput di telan zaman..gua memang dibesarkan dengan filem2 beliau walaupun time gua kecik2 dulu bukanlah di zaman kegemilangan p.ramlee..dalam erti kata lain p ramlee telah pun pergi mengadap ilahi pada waktu itu..gua rasa lu orang pun alami benda yang sama...bagi gua filem2 p.ramlee nie mempunyai kekuatan yang tersendiri..kat sini gua akan senaraikan tiga kekuatan filem beliau..


di mana kan ku cari ganti



1. unsur lawak/humour 

kebanyakan filem2 p.ramlee yang terkenal adalah yang bergenre komedi..seperti filem bujang lapok, do re mi, labu labi, dan banyak lagi..unsur2 komedi yang beliau suntikkan dalam filem beliau boleh di terima oleh semua golongan masyarakat sama ada orang tua, golongan muda mahupun kanak2..semua orang akan sama2 ketawa dengan jenaka2 di dalam filem beliau..tidak seperti filem sekarang yang mana jenaka yang dihasilkan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja...sebagai contoh jenaka lucah yang hanya sesuai untuk golongan dewasa sahaja tidak kepada golongan kanak2..

2. dialog yang berkesan

gua rasa lu orang mesti ingat sesetengah dialog2 yang terdapat dalam filem beliau..dialog2 yang beliau gunakan begitu dekat dihati penonton...setiap dialog yang yang di lontarkan mempunyai maksud yang begitu mendalam...ada di antaranya mempunyai unsur2 sinis kepada pihak2 tertentu...tetapi secara mata kasar kita akan anggap itu sebagai lawak jenaka tetapi tidak kepada p.ramlee...

3. keikhlasan

bagi gua p.ramlee begitu ikhlas dalam menyampaikan sudut pandangannya...ada mesej yang ingin beliau sampaikan kepada kita tetapi secara halus..beliau tidak lakukannya secara direct tetapi melalui scene2 di dalam filem beliau...


sebenarnya banyak lagi benda yang kita boleh kupas dari filem2 beliau..tetapi bagi gua itulah 3 kekuatan utama filem beliau..filem2 p.ramlee la satu2 filem yang gua rasa tak jemu walaupun banyak kali dah gua tengok...yang gua paling respect, budak2 umur 5 tahun pun boleh gelak terbahak2 akibat penangan filem beliau..


pergimu tiada pengganti



p/s : marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham tan sri p.ramlee..moga rohnya dicucuri rahmat..amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...